Muslimah in active

Muslimah in active
“The beauty of a WOMAN is not in a facial mole, but true beauty in a WOMAN is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she knows.” ― Audrey Hepburn

About Us

My photo
Pandan Indah, Kuala Lumpur, Malaysia
A wife and a mother to 3 little caliph. I'm your dearly Shaklee Independent Distributor and business leader ^_^
Protected by Copyscape Web Copyright Checker

Pengunjung bertuah


widgeo.net

My Blog List

Track and Trace

Serimuslimah.com. Powered by Blogger.

Wednesday, May 11, 2016

OPERASI DITUTUP


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makluman kepada yang singgah ke teratak kami Serimuslimah, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana perniagaan pakaian muslimah kami TIDAK LAGI BEROPERASI.

Terima kasih kerana sudi singgah dan menjenguk koleksi-koleksi yang terdapat di blog Serimuslimahdotcom ini. 

Semoga anda dan kami dikurniakan kebahagian dan keberkatan dalam menjalani hidup semata-mata mencari redhaNya, Aameen...

Salam ukhuwah 

Wednesday, November 5, 2014

Serimuslimah Perluaskan Empayar


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Serimuslimah.com telah ditubuhkan sejak tahun 2009 yang lalu. Bermula dengan penjualan tudung dan seterusnya busana muslimah yang semakin mendapat sambutan hangat masakini. 

Kami berperanan sebagai perantara bagi anda mendapatkan pelbagai design busana muslimah terkini dari dalam dan luar negara (Indonesia). Pastinya kepuasan pelanggan adalah keutamaan setiap peniaga/usahawan besar @ kecil seperti kami :) 

Sukacita untuk dimaklumkan, kami telah memperluaskan barang jualan/servis seperti berikut:

Serimuslimah.com --> khusus untuk busana muslimah dewasa
Serimuslimah Comel --> khusus untuk busana muslimah cilik comel anda
Serimuslimah Sihat --> khusus untuk kesihatan seisi keluarga/masyarakat


Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui WHATSAPP 011 15726201 atau EMAIL ke serimuslimahdotcom@gmail.com

Kepuasan hati dan kepercayaan anda kebanggaan kami


Thursday, June 5, 2014

Special GIVEAWAY


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kami berhasrat untuk menganjurkan suatu sesi penghargaan kepada semua tetamu Serimuslimah.com.

Anda yang bertuah berpeluang untuk mendapatkan SEHELAI baju muslimah dari koleksi:


★ WAFIYYA,
★ KEESYA COUTURE; dan
★ NURSAFIA


♥♥♥ SECARA PERCUMA!!! ♥♥♥

Dengan BERSYARAT :)

Acara hanya berlangsung di FB page Serimuslimah.com sahaja.

BILAKAH ACARA AKAN BERLANGSUNG?
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
BAGAIMANA CARA PEMILIHAN TETAMU YANG BERJAYA?

Nantikan update seterusnya ^___*

Sunday, May 25, 2014

PRE ORDER DIBUKA_ETA JUN 2014 (EDISI LEBARAN)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Secara rasminya tempahan pre-order telah dibuka bermula 25/5/2014 (AHAD). 
Tarikh tutup pada 08/6/2014 (AHAD)
*tempoh tempahan telah dipanjangkan kali ini

Sila rujuk album FB PAGE SERIMUSLIMAH untuk lihat design terbaru dari koleksi berikut:

QIRANI <-- klik

ZENITHA <-- klik

ACTUAL BASIC

JANNATY <-- klik

Sila baca dahulu TERMA & SYARAT yang telah di tetapkan di SINI

TAWARAN ISTIMEWA PRE ORDER EDISI LEBARAN

    • Jaminan harga MAMPU MILIK (harga telah dikemaskini mengikut harga semasa)
    • KAMI TANGGUNG separuh daripada harga pos penghantaran (cth: sehelai pos RM6; hanya perlu bayar RM3)
    • FREE GIFT untuk pembelian 2 helai dan ke atas (selagi stok masih ada)

Jangan lepaskan peluang!
*tempahan terakhir sebelum Ramadhan dan Syawal 1435

Wednesday, May 14, 2014

Koleksi NURSAFIA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memperkenalkan busana muslimah NURSAFIA yang menampilkan kesederhanaan, kesopanan dan keselesaan si pemakai. Blouse yang direka, sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan (nursing friendly). Ibu-ibu masakini tiada masalah untuk bergaya walaupun membawa anak kecil yang masih menyusu.

Kelebihan yang dapat diperoleh dari koleksi NurSafia:
  • rekaan khusus bagi kemudahan ibu menyusukan
  • kepelbagaian corak, warna dan corak yang menarik
  • penggunaan material yang selesa (100% cotton, kombinasi cotton dan lycra)
  • menyediakan extra size dari XS - 3XL
  • paling BEST --> harga MAMPU MILIK serendah RM53 - RM59

Jom cuci mata di page NURSAFIA COLLECTION 

Friday, May 9, 2014

Saat paling syahdu...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Betul tak?

Saat paling syahdu sekali dalam hidup ini adalah apabila hanya diri kita sahaja dengan Pencipta semesta alam, Allah Subhana Wa Taála. Pada masa itu, kita boleh luahkan segala yang terbuku dalam hati, mengaku segala aib sendiri, mengadu segala masalah yang bertimpa, menangis meruntun segala hiba, mengharap perlindungan untuk insan yang disayang, mensyukuri segala nikmat dan bahagia dan berserah sepenuhnya pabila tiada kudrat yang terkumpul untuk terus mengorak langkah. 

Betul tak?

Hanya padaNya, kita mampu untuk mengaku segala kekurangan, hanya padaNya kita mampu meletak harapan, hanya padaNya kita mampu menangis persis kanak2 comel, hanya padaNya kita mampu meneruskan pergantungan hidup, hanya keranaNya kita dapat hirup oksigen dan nikmati keindahan alam dengan kesempurnaan pacaindera yang diberi.

Terfikir tak?

Berapa kali dalam hidup, kita sediakan masa untuk berdua dengan Pencipta kita? 
Berapa kali kita telefon Pencipta kita untuk berborak mesra dan mengadu domba?
Berapa kali kita sms Pencipta kita untuk mengisi kekosongan jiwa dan otak?

Hrmmm...
Percaya tak?

Setiap apa yang kita fikir, cakap dalam hati, lontar pada suara DIA tahu segala-galanya lebih dari diri kita sendiri. 
Setiap masalah yang diadu, DIA sentiasa mendengar dan ada penyelesaian.
Setiap tangisan dan sendu, DIA sentiasa keringkan dengan kebahagian.
Setiap pengorbanan ke jalanNya, DIA sediakan perjalanan yang cukup indah untuk dinikmati.
Setiap permintaan, DIA makbulkan dengan memperkenan lebih dari yang diminta.
Setiap kegembiraan yang diperoleh, DIA sajikan dengan keberkatan.

Pendek kata, 
Say whatever you want!
Tell whatever you feel!
Speak whenever you like!

Manusia memang suka berkata-kata, suka mengadu domba, suka bercerita. 

Tapi,
jika sesama manusia lebih pahit dari manis. 
jika di laman sosial lebih buruk dari baik.
jika dengan haiwan lebih bunyi dari suara.
jika dengan benda lebih sepi dari hingar.

Kesimpulannya,
saat paling syahdu dalam kehidupan seseorang adalah apabila bersendirian dengan Allah Subhana Wa Taála. Subhanallah.Allahuakbar 


Salam ukhuwah 

Wednesday, April 30, 2014

Selamat Bertemu Kembali Rejab 1435


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Serba sedikit pengertian Rejab:
Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan. Rejab merupakan salah 1 dari 4 bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram). 
“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati” (Al-Baqarah: 194)
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram..”(At-Taubah: 36)
Terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulama berkenaan 4 bulan itu dinamakan bulan haram:-
  1. Disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu. Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam pada bulan itu.
  2. Disebabkan pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia adalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa berpuasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub).

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab:
  1. Hijrah pertama iaitu hijrah ke Habsyah (Ethiopia) 
  2. Peristiwa Israk Mikraj
  3. Perang Tabuk
  4. Pembebasan Baitul Muqaddis
  5. Kelahiran Imam Syafie RH


Ingin diingatkan supaya berhati-hati dengan segala hadis-hadis palsu. Teruskan bacaan melalui artikel yang ditulis dalam blog Ustaz Yusof Embong - http://yusofembong.blogspot.com/2009/06/hadis-hadis-palsu-berkaitan-bulan-rejab.html

Dekati perkara yang dituntut, yang membawa kebaikan. Jauhi perkara yang ditegah dan mendatangkan kemudaratan. 


Salam ukhuwah 

Thursday, April 24, 2014

Tuesday, April 22, 2014

PRE ORDER DIBUKA_ETA MEI 2014


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Secara rasminya tempahan pre-order telah dibuka. 
Tarikh tutup pada 27/4/2014 (AHAD)

Sila rujuk album FB PAGE SERIMUSLIMAH untuk lihat design terbaru dari koleksi berikut:

QIRANI
ZENITHA
ACTUAL BASIC
JANNATY

PENTING: BACA TERMA DAN SYARAT YANG DITETAPKAN SEBELUM MEMBUAT SEBARANG TEMPAHAN.

STRICTLY FOR SERIOUS BUYER ONLY.

Sila ambil perhatian, stok bagi baju yang dipesan bergantung kepada stok pihak pembekal dan kami tidak terima sebarang tempahan tanpa bayaran. Setiap baju dikenakan bayaran deposit sebanyak 50% dari harga pre-order. Jika baju yang dipesan tiada stok, bayaran deposit anda akan dikembalikan serta-merta.

Kami jangkakan akan sampai pertengahan MEI 2014. Ditegaskan disini, pastikan anda serius dan dapat menunggu tempahan melalui pre-order ini.

*PERHATIAN, JIKA ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN PENUH SEBAIK BAJU YANG DITEMPAH SAMPAI KE MALAYSIA DAN KE TANGAN KAMI, DEPOSIT YANG TELAH ANDA BAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN. HARAP MAKLUM.

Sila PM inbox page FB (www.facebook.com/serimuslimah) , email di serimuslimahdotcom@gmail.com atau SMS/WHATSAPP ke 011-15726201 untuk maklumat lanjut.

Sertakan detail berikut:
NAMA:
No. TEL:
ALAMAT:
EMAIL:
KOD ITEM (warna/saiz/kuantiti):

WE JUST NEED A SERIOUS BUYER ONLY. So please make sure you are ready before place any order.

POSTAGE CHARGE:
1 helai (saiz S-XL:standard size): RM6 (Semenanjung), RM9 (Sabah/ Sarawak)
1 helai (saiz 2XL-5XL:big size): RM7 (Semenanjung), RM10 (Sabah/ Sarawak)
*tambah RM2 untuk helaian seterusnya bagi t-shirt muslimah/ jubah

Friday, April 4, 2014

Koleksi WAFIYYA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jenama pakaian muslimah Wafiyya telah mendapat tempat di hati peminat busana muslimah masakini. Ini adalah kerana:

  • kepelbagaian rekaan, corak dan warna menarik
  • penggunaan material yang selesa (cotton, lycra)
  • sebahagiannya direka khas untuk ibu yang menyusukan (nursing friendly)
  • menyediakan extra size dari XS - 4XL
  • paling BEST --> harga MAMPU MILIK (antara RM52 - RM65)


Jom cuci mata di page WAFIYYA COLLECTION