Muslimah in active

Muslimah in active
“The beauty of a WOMAN is not in a facial mole, but true beauty in a WOMAN is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she knows.” ― Audrey Hepburn

About Us

My photo
Pandan Indah, Kuala Lumpur, Malaysia
A wife and a mother to 3 little caliph. I'm your dearly Shaklee Independent Distributor and business leader ^_^
Protected by Copyscape Web Copyright Checker

Pengunjung bertuah


widgeo.net

My Blog List

Track and Trace

Serimuslimah.com. Powered by Blogger.

Sunday, May 25, 2014

PRE ORDER DIBUKA_ETA JUN 2014 (EDISI LEBARAN)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Secara rasminya tempahan pre-order telah dibuka bermula 25/5/2014 (AHAD). 
Tarikh tutup pada 08/6/2014 (AHAD)
*tempoh tempahan telah dipanjangkan kali ini

Sila rujuk album FB PAGE SERIMUSLIMAH untuk lihat design terbaru dari koleksi berikut:

QIRANI <-- klik

ZENITHA <-- klik

ACTUAL BASIC

JANNATY <-- klik

Sila baca dahulu TERMA & SYARAT yang telah di tetapkan di SINI

TAWARAN ISTIMEWA PRE ORDER EDISI LEBARAN

    • Jaminan harga MAMPU MILIK (harga telah dikemaskini mengikut harga semasa)
    • KAMI TANGGUNG separuh daripada harga pos penghantaran (cth: sehelai pos RM6; hanya perlu bayar RM3)
    • FREE GIFT untuk pembelian 2 helai dan ke atas (selagi stok masih ada)

Jangan lepaskan peluang!
*tempahan terakhir sebelum Ramadhan dan Syawal 1435

Wednesday, May 14, 2014

Koleksi NURSAFIA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memperkenalkan busana muslimah NURSAFIA yang menampilkan kesederhanaan, kesopanan dan keselesaan si pemakai. Blouse yang direka, sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan (nursing friendly). Ibu-ibu masakini tiada masalah untuk bergaya walaupun membawa anak kecil yang masih menyusu.

Kelebihan yang dapat diperoleh dari koleksi NurSafia:
  • rekaan khusus bagi kemudahan ibu menyusukan
  • kepelbagaian corak, warna dan corak yang menarik
  • penggunaan material yang selesa (100% cotton, kombinasi cotton dan lycra)
  • menyediakan extra size dari XS - 3XL
  • paling BEST --> harga MAMPU MILIK serendah RM53 - RM59

Jom cuci mata di page NURSAFIA COLLECTION 

Friday, May 9, 2014

Saat paling syahdu...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Betul tak?

Saat paling syahdu sekali dalam hidup ini adalah apabila hanya diri kita sahaja dengan Pencipta semesta alam, Allah Subhana Wa Taála. Pada masa itu, kita boleh luahkan segala yang terbuku dalam hati, mengaku segala aib sendiri, mengadu segala masalah yang bertimpa, menangis meruntun segala hiba, mengharap perlindungan untuk insan yang disayang, mensyukuri segala nikmat dan bahagia dan berserah sepenuhnya pabila tiada kudrat yang terkumpul untuk terus mengorak langkah. 

Betul tak?

Hanya padaNya, kita mampu untuk mengaku segala kekurangan, hanya padaNya kita mampu meletak harapan, hanya padaNya kita mampu menangis persis kanak2 comel, hanya padaNya kita mampu meneruskan pergantungan hidup, hanya keranaNya kita dapat hirup oksigen dan nikmati keindahan alam dengan kesempurnaan pacaindera yang diberi.

Terfikir tak?

Berapa kali dalam hidup, kita sediakan masa untuk berdua dengan Pencipta kita? 
Berapa kali kita telefon Pencipta kita untuk berborak mesra dan mengadu domba?
Berapa kali kita sms Pencipta kita untuk mengisi kekosongan jiwa dan otak?

Hrmmm...
Percaya tak?

Setiap apa yang kita fikir, cakap dalam hati, lontar pada suara DIA tahu segala-galanya lebih dari diri kita sendiri. 
Setiap masalah yang diadu, DIA sentiasa mendengar dan ada penyelesaian.
Setiap tangisan dan sendu, DIA sentiasa keringkan dengan kebahagian.
Setiap pengorbanan ke jalanNya, DIA sediakan perjalanan yang cukup indah untuk dinikmati.
Setiap permintaan, DIA makbulkan dengan memperkenan lebih dari yang diminta.
Setiap kegembiraan yang diperoleh, DIA sajikan dengan keberkatan.

Pendek kata, 
Say whatever you want!
Tell whatever you feel!
Speak whenever you like!

Manusia memang suka berkata-kata, suka mengadu domba, suka bercerita. 

Tapi,
jika sesama manusia lebih pahit dari manis. 
jika di laman sosial lebih buruk dari baik.
jika dengan haiwan lebih bunyi dari suara.
jika dengan benda lebih sepi dari hingar.

Kesimpulannya,
saat paling syahdu dalam kehidupan seseorang adalah apabila bersendirian dengan Allah Subhana Wa Taála. Subhanallah.Allahuakbar 


Salam ukhuwah