Muslimah in active

Muslimah in active
“The beauty of a WOMAN is not in a facial mole, but true beauty in a WOMAN is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she knows.” ― Audrey Hepburn

About Us

My photo
Pandan Indah, Kuala Lumpur, Malaysia
A wife and a mother to 3 little caliph. I'm your dearly Shaklee Independent Distributor and business leader ^_^
Protected by Copyscape Web Copyright Checker

Pengunjung bertuah


widgeo.net

My Blog List

Track and Trace

Serimuslimah.com. Powered by Blogger.

Sunday, November 18, 2012

Jualan Akhir Tahun 2012 Bermula

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jualan hebat akhir tahun telah bermula..
Dapatkan semua koleksi tersedia di Serimuslimah.com dengan tawaran diskaun terbaik bermula dari 5% sehingga 15%
Penghantaran PERCUMA untuk seluruh Semenanjung Malaysia dan tambahan RM5 sahaja untuk Sabah/ Sarawak.
HADIAH MISTERI menunggu pembeli bertuah!

Jangan tunggu-tunggu lagi, sambar cepat mana yang berkenan dihati kerana stok adalah terhad     

Jika ada sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada saya melalui:
Email: serimuslimahdotcom@gmail.com
SMS: 011-15726201

Salam ukhuwah

Friday, November 16, 2012

Doa untuk Umat Islam yang Teraniaya - Pray for GAZA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Disebalik ketenteraman dan keamanan yang kita kecapi, ada yang sedang derita dan sengsara menghadapi kehilangan dan kematian. Di saat kita bergembira disamping insan tersayang, ada yang sedang berduka mengadap kecelakaan yang menimpa insan tersayang. Pada ketika kita bebas bergerak kemana sahaja, ada yang dalam ketakutan menanti maut yang bakal tiba. Betapa beruntungnya kita hidup di dalam keadaan yang aman sentosa berbanding dengan mereka yang hidup dalam pergolakan.  

Sungguhpun begitu, adakah kita berasa puas dan selesa dengan apa yang kita kecapi, sedangkan ada yang sedang bersedih dan sengsara? Mereka seagama dengan kita, mereka menyembah Allah yang Satu dan mereka adalah saudara se-Islam dengan kita. Tergamakkah kita hanya melihat kekejaman yang menimpa mereka dan hanya memandang sebelah mata? Kita tiada daya untuk melawan kezaliman lakhnatullah pihak Zionis, tetapi kita ada senjata yang paling berkuasa dari sebilah pedang yang tajam iaitu DOA.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam dilandai bala bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini. 

Credit: http://www.marufclub.com/2012/03/maruf-club-calling-for-qunut-nazilah/
 
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
 
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
 
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
 
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
 
(Sumber: http://www.islam.gov.my/panduan-qunut-nazilah-0)

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

MUHARAM merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada umat Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 

Sebagai umat Islam, awal Muharram merupakan permulaan bagi tahun baharu yang perlu disertai azam dan semangat yang baharu bagi meniti kehidupan seterusnya. Semoga kehadiran Muharram 1434 ini akan memberikan sinar baru dan keberkatan dalam kehidupan kita semua. 

Bacaan doa Akhir dan Awal tahun Hijrah:


DOA AKHIR TAHUN
Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun.”

DOA AWAL TAHUN
Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,
“Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Monday, November 12, 2012

Al Fatihah Penghulu Kitab Allah

Mulakan hari dengan ungkapan 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Diikuti dengan bacaan Al-Fatihah yang merupakan pembuka Al-Kitab dan doa yang paling mustajab dalam kehidupan manusia sejagat.

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah 
    kami mohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada 
    mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka 
    yang sesat.

Berkongsilah walaupun sedikit 

Wednesday, November 7, 2012

Women on Earth ♥

To all beautiful ladies, spread this precious quote & share it without any doubt ♥

"For those WOMEN who do everything they can to make sure they kids are taken care of, for those WOMEN who work two or more jobs to keep a roof over the heads of their family, for those WOMEN who work till their tire just to make enuf money to put food on the table 4 their kids, who will go thru any limits to be there for their family, for those WOMEN who fight for any difficulties in life, I M SO HONOURED to be apart of a BEAUTIFUL & POWERFUL coz as this one, u're not only strong women but u r SURVIVORS!!!"

Friday, November 2, 2012

Transaksi urusniaga di Serimuslimah.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Jumaat hari yang penuh barakah. Semoga rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi Allah ini memberi beribu rahmat kepada sekalian makhluk. Mohon dijauhkan dari segala mala petaka dan bencana. Lindungilah, permudahkan segala urusan dan sisipkanlah rasa syukur di atas rahmat yang dilimpahkan ini.. Aamiiin...

Sahabat-sahabat Serimuslimah sekalian, sukacita kami ingin memaklumkan bahawa urusniaga kami boleh dilakukan dimana sahaja anda berada samada di Malaysia atau di luar negara (Untuk luar negara tertakhluk kepada syarat dan terma) melalui transaksi yang dinyatakan berikut:

Local: Maybank atau CIMB (ATM Transfer, Cash Deposit atau Online Banking)
International: PAYPAL atau Western Union (atas permintaan)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada saya melalui:
Email: serimuslimahdotcom@gmail.com
SMS: 011-15726201

Dengan ini, anda boleh berurusan dengan kami tanpa ragu-ragu dan InsyaAllah mudah dan selamat. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda sekalian. Kepercayaan dan kepuasan anda kebanggaan kami.

Wednesday, October 31, 2012

Koleksi Tersedia di Serimuslimah.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat tinggal Oktober 2012, Selamat datang November 2012 ♥ 
Semoga kehadiran bulan yang baru ini akan membawa lebih rezeki dan kebaikan dalam kehidupan kita semua InsyaAllah..

Ingin diuar-uarkan kepada semua tetamu, selain dari koleksi yang dipaparkan, 
terdapat juga koleksi kain pasang cotton (Imported Belleboo Designed), kemeja muslimah, t-shirt muslimah (100% cotton berkualiti) serta minuman kesihatan Sudan Hibiiscus Tea (Karkade yang diimport dari Sudan) dan macam-macam lagi boleh anda dapati dari kami di Serimuslimah.com. 

Untuk sementara ini, anda boleh layari laman Facebook kami di https://www.facebook.com/Serimuslimah untuk melihat setiap koleksi yang dinyatakan. 

Pastinya yang terbaik kami sajikan untuk anda. Sesungguhnya segala yang baik hanya dari Allah S.W.T dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami sendiri. Mohon sokongan dan kerjasama dari anda tetamu yang kami muliakan.

Salam Ukhuwah 

Tuesday, October 30, 2012

Pembaikpulih Borang Tempahan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan akan bertambah baik untuk esok dan seterusnya, InsyaAllah. 

Makluman, terdapat sedikit masalah berkenaan dengan Borang Tempahan. Buat sementara waktu jika ingin membuat sebarang tempahan, sila email kepada serimuslimahdotcom@gmail.com atau SMS ke 011-15726201 dengan memberikan maklumat berikut:
  • NAMA:
  • NO. TEL:
  • ALAMAT:
  • EMAIL:
  • KOD ITEM (warna/saiz/kuantiti):

Perhatian, tempahan pre-order akan bermula semula pada tahun hadapan (2013). Ketetapan tarikh akan diberitahu kelak. Anda boleh membuat tempahan dan pembelian produk yang tersedia: 

Jika ada sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan ajukan sahaja kepada kami. InsyaAllah kami akan  cuba menjawabnya dalam kadar yang segera. 

Salam Ukhuwah 

Monday, October 29, 2012

Tatacara Urusniaga Serimuslimah.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat datang dan terima kasih atas kunjungan anda di Serimuslimahdotcom.blogspot.com. Berikut adalah tetapan yang telah disediakan untuk berurusan dengan pihak kami di Serimuslimah.com. Untuk pembelian setiap produk yang tersedia (ready stock), sila rujuk dahulu kepada Terma dan Syarat Pembelian (Ready Stock): 
http://serimuslimahdotcom.blogspot.com/p/terma-dan-syarat-pembelian-ready-stock.html

Untuk tempahan, sila isikan borang yang telah disediakan dibahagian bawah sekali. <Sila skrol ke bawah>

Makluman, kami masih dalam proses penambahbaikan mutu dan servis penjualan yang dijalankan. Harap kerjasama pihak anda bagi memenuhi syarat tatacara yang telah disediakan. Sila berikan pandangan dan maklumbalas terhadap produk dan servis yang telah diberikan. 

Sesungguhnya yang baik segalanya dari ALLAH S.W.T dan segala kelemahan datang dari diri kita sendiri. Mohon disebarkan dan uar-uarkan ke seantero dunia tentang Serimuslimah.com. Semoga kita semua mendapat rezeki dan rahmat yang diredhai ALLAH S.W.T, Aamiiin..
 

Thursday, February 23, 2012

PRE-ORDER QIRANI & ZENITHA 2012 _STOK MAC 2012


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bermula 20/2/2012 (Isnin), tempahan untuk pre-order Qirani dan Zenitha bagi koleksi terbaru 2012 telah dibuka. Tempoh pre-order sehingga 29/2/2012 (Rabu). Tempahan bergantung kepada stok yang ada dengan 'supplier' di sana (Indonesia). Setelah kami pastikan bahawa stok tersedia, anda dikehendaki membayar deposit sebanyak 50% dari harga yang tertera. Sila isikan BORANG TEMPAHAN yang telah disediakan. 

MAKLUMAN: PRE-ORDER INI TELAH DITUTUP. HARAP MAKLUM

Mukadimah


Dengan lafaz بسملة‎ dengan rasminya blog khas SERIMUSLIMAH.COM dilancarkan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahlan wa Sahlan, to Serimuslimahdotcom.blogspot.com. Alhamdulillah dengan keizinan yang diberikan untuk menghasilkan satu lagi tapak perniagaan Serimuslimah.com (selain fanpage FB: Serimuslimah.com dan official site www.serimuslimah.com [still under progress]). Selain memperluaskan skop jualan, tapak ini disediakan sebagai medium alternatif yang lebih mudah dan ringkas untuk para tetamu kami melihat dan mendapatkan produk dari Serimuslimah.com. Sebelum ini, kami bergantung sepenuhnya pada FB untuk mempamerkan produk dan terima tempahan tetapi memandangkan FB kerap berlaku masalah teknikal, maka terciptalah tapak blogspot ini sebagai 'back up medium' jika berlaku sebarang masalah kelak. 

Kami warga Serimuslimah.com berasa bersyukur dan berterima kasih di atas sokongan dan kepercayaan yang anda berikan sepanjang berurusan dengan kami. InsyaAllah kami sentiasa cuba berikan yang terbaik dari segi kualiti produk dan servis.