السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disebalik ketenteraman dan keamanan yang kita kecapi, ada yang sedang derita dan sengsara menghadapi kehilangan dan kematian. Di saat kita bergembira disamping insan tersayang, ada yang sedang berduka mengadap kecelakaan yang menimpa insan tersayang. Pada ketika kita bebas bergerak kemana sahaja, ada yang dalam ketakutan menanti maut yang bakal tiba. Betapa beruntungnya kita hidup di dalam keadaan yang aman sentosa berbanding dengan mereka yang hidup dalam pergolakan.
Sungguhpun begitu, adakah kita berasa puas dan selesa dengan apa yang kita kecapi, sedangkan ada yang sedang bersedih dan sengsara? Mereka seagama dengan kita, mereka menyembah Allah yang Satu dan mereka adalah saudara se-Islam dengan kita. Tergamakkah kita hanya melihat kekejaman yang menimpa mereka dan hanya memandang sebelah mata? Kita tiada daya untuk melawan kezaliman lakhnatullah pihak Zionis, tetapi kita ada senjata yang paling berkuasa dari sebilah pedang yang tajam iaitu DOA.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam dilandai bala bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin. Qunut ini tidak dibacakan jika
umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Credit: http://www.marufclub.com/2012/03/maruf-club-calling-for-qunut-nazilah/ |
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor,
Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas
bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca
doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
No comments:
Post a Comment