Muslimah in active

Muslimah in active
“The beauty of a WOMAN is not in a facial mole, but true beauty in a WOMAN is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she knows.” ― Audrey Hepburn

About Us

My photo
Pandan Indah, Kuala Lumpur, Malaysia
A wife and a mother to 3 little caliph. I'm your dearly Shaklee Independent Distributor and business leader ^_^
Protected by Copyscape Web Copyright Checker

Pengunjung bertuah


widgeo.net

My Blog List

Track and Trace

Serimuslimah.com. Powered by Blogger.

Wednesday, April 30, 2014

Selamat Bertemu Kembali Rejab 1435


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Serba sedikit pengertian Rejab:
Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan. Rejab merupakan salah 1 dari 4 bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram). 
“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati” (Al-Baqarah: 194)
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram..”(At-Taubah: 36)
Terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulama berkenaan 4 bulan itu dinamakan bulan haram:-
  1. Disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu. Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam pada bulan itu.
  2. Disebabkan pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia adalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa berpuasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub).

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab:
  1. Hijrah pertama iaitu hijrah ke Habsyah (Ethiopia) 
  2. Peristiwa Israk Mikraj
  3. Perang Tabuk
  4. Pembebasan Baitul Muqaddis
  5. Kelahiran Imam Syafie RH


Ingin diingatkan supaya berhati-hati dengan segala hadis-hadis palsu. Teruskan bacaan melalui artikel yang ditulis dalam blog Ustaz Yusof Embong - http://yusofembong.blogspot.com/2009/06/hadis-hadis-palsu-berkaitan-bulan-rejab.html

Dekati perkara yang dituntut, yang membawa kebaikan. Jauhi perkara yang ditegah dan mendatangkan kemudaratan. 


Salam ukhuwah 

No comments:

Post a Comment